Helikopter Amerika Syarikat ditembak jatuh 2011
Helikopter Amerika Syarikat ditembak jatuh 2011

Helikopter Amerika Syarikat ditembak jatuh 2011

Pada 6 Ogos 2011, helikopter tentera Amerika Syarikat, Boeing CH-47 Chinook ditembak jatuh semasa mengambil bahagian dalam serbuan malam di sebuah kampung di wilayah Wardak, barat Kabul, Afghanistan membunuh kesemua 38 orang penumpangnya. Seramai 30 anggota tentera pasukan operasi khas Amerika, tujuh komando Afghanistan dan seorang jurubahasa Afghanistan serta anjing ketenteraan Amerika Syarikat terbunuh. Ia dianggap kerugian paling teruk dalam kempen Afghanistan sejak Operasi Sayap Merah pada tahun 2005 .